Waktu Solat.

Subuh    -5.35

Syuruk   -6.59

Zohor    -1.14

Asar      -4.39

Magrib  -7.25

Isyak     -8.41

 

Bil. 1                                  2 hb. Julai 2000                        http://www.asbela.cjb.net                     Percuma

 

Buletin Asbela Edisi Pertama

SMK. BELARA. Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara buat pertama kalinya telah menerbitkan sebuah akhbar asrama. Akhbar tersebut yang dikenali sebagai Buletin Asbela menemui pembaca mulai 2 hb. Julai 2000. Menurut ketua pengarangnya saudara Roslan Hamzah, akhbar ini akan berfungsi sebagai media yang akan melaporkan berita yang berlaku di sekitar pelajar, memberi informasi bermanfaat, pengumuman penting, tip belajar dan nasihat berguna kepada pelajar khasnya pelajar asrama. Selain itu, Buletin Asbela juga akan menjadi wadah kepada pelajar untuk berkarya serta menyemai sikap kerjasama yang erat di kalangan pelajar. Ia akan diterbitkan sebulan sekali iaitu pada 1 haribulan dan diedarkan secara percuma.

   

Gambar Pintu Gerbang menyambut pelawat ke

 SMK Belara (Gambar awal 1999).

 

 Matlamat Penerbitan Buletin Asbela.

  1. Menyampaikan informasi baru kepada pelajar, khasnya pelajar asrama.

  2. Melapor aktiviti yang berlaku disekitar pelajar untuk dikongsi bersama oleh semua pelajar serta menggalakkan pelajar membaca.

  3. Memberikan tip-tip berguna kepada pelajar khasnya dalam usaha pelajar menghadapi cabaran untuk mencapai kejayaan.

  4. Sebagai satu wadah kepada pelajar untuk menghasilkan karya.

  5. Menyemai sikap kerjasama yang kukuh dalam diri pelajar serta membantu pelajar mencapai kejayaan.

Pesanan Pengetua.

Assalamualaikum wbkt.

     Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat bersua melalui Buletin Asbela ini. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat di atas inisiatif menerbitkan akhbar ini. Saya percaya melalui penerbitan ini pelajar dan guru akan dapat bekerjasama mengembleng idea demi kebaikan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Belara ini. Buletin ini tentunya mampu untuk mencapat matlamat penerbitannya jika dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Sesungguhnya usaha ini tentunya akan membuahkan hasil yang positif  dan insya Allah akan dapat dimanfaatkan bersama.

Sekian, terima kasih. 

Pn. Hajjah Zalila bt. Said

Pengetua  SMB. 

Bergambar di hadapan Muzium Negeri Kelantan

Lawatan Ke Kota Bharu. Oleh Hasliza Yusof

ASRAMA. 18 hb. Mei 2000, rombongan pelajar asrama seramai 88 orang pelajar telah mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar ke Kota Bharu. Lawatan ini turut disertai oleh 4 orang guru pengiring iaitu Cg. Noorma, Cg. Zubir, Cg. Zaidi dan penyelia asrama Pn. Fauziah. Menurut Pn. Noorma Mohd selaku ketua rombongan, lawatan ini bertujuan untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik di Kelantan. Turut dilawati ialah Pameran Ular oleh Raja Ular Malaysia, Ali Khan di Muzium Negeri Kelantan.

 

 

Sidang Redaksi.

Penaung

Pn. Hajjah Zalila bt. Said.

Pengerusi

Tn. Hj. Othman b. Mat Zin.

Penasihat

En. Mohd Zubir Awang.

Pn. Noorma bt. Mohd.

Pn. Che Fauziah bt. Jusoh.

Wartawan.

Roslan b. Hamzah (K)

Mohd Fadlin Dagang.

Abd. Fatah Husin.

Norziela bt. Ibrahim.

Harfiza bt. Jusoh  

Hasliza bt. Yusof

Dari Editor

Assalamualaikum wbkt.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara berjaya menerbitkan akhbarnya yang pertama dikenali sebagai Buletin Asbela. Akhbar ini insya Allah akan menemui pelajar sebulan sekali iaitu pada setiap 1 haribulan. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berusaha dengan gigih untuk menjayakan projek ini. Sesungguhnya usaha yang dilakukan ini akan memberi satu pengalaman yang amat berharga kepada pelajar  dan melatih pelajar untuk menyemai sikap rajin, gigih serta teliti dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Melalui penerbitan ini pelajar yang terlibat akan dapat menguruskan sendiri perjalanan akhbar ini dengan dibantu oleh guru penasihat agar tidak terpesong dari tujuan asal penerbitan. Selain itu, penghuni asrama juga akan dapat bersama-sama menyumbang idea untuk menjayakan Buletin Asbela ini. Sesungguhnya buletin ini adalah milik mereka bersama dan ini akan menggalakkan mereka untuk turut sama menjayakan penerbitan akhbar ini.

Tip Belajar.

Tip belajar untuk bulan ini ialah membaca doa. Ia merupakan satu amalan yang sangat mudah tetapi sering  kali pelajar terlupa untuk melakukannya ketika memulakan ulangkaji. Contoh doa seperti di bawah:

Tarikh Penting Bulan ini.

* Pertandingan Nasyid Antara Asrama di SIF. 2 hb. Julai 2000.

* Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM. 3  – 13 hb. Julai 2000

* BM Kertas Julai (SPM)

 15 hb. Julai 2000

Petir di Asrama. Oleh Fatah Husin.

ASRAMA. 25hb. Jun 2000, Asrama SMK. Belara digegarkan oleh petir yang menyambar sebatang pokok di sebelah dorm pelajar lelaki. Kejadian ini berlaku semasa hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang. Seorang pelajar Saiful Anuar yang kebetulan berada di pintu belakang berhampiran pokok tersebut tersungkur ke lantai. Beliau bagaimanapun hanya mengalami sedikit kejutan sahaja dan pulih semula selepas itu. Kejadian ini merupakan yang pertama kali berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Pelajar Asrama Ke Taman Negara. Oleh Roslan Hamzah

ASRAMA. Seramai 10 pelajar asrama  telah menyertai Program Kenali Taman Negara anjuran Kelab Pendidikan Luar SMB. Program ni telah dilaksanakan pada 25 hb. Mei 2000 hingga 30 hb Mei 2000 yang lalu. Menurut ketua rombongan, Cg. Mat Noor Ismail, aktiviti ini bertujuan untuk membawa pelajar menerokai khazanah hutan taman negara Pahang yang kaya dengan pelbagai hidupan dan tumbuhan. Turut menyertai ialah Cg. Mat Rani, Cg, Razali, Cg. Isa, Cg. Zubir, Cg. Sabri, Cg. Roslini, Cg. Zaleha dan Cg. Zakaria.

Asrama Putera Berwajah Baru. Oleh Fadlin Dagang.

Asrama putera kini berwajah baru hasil gotong-royong mengecat semula bahagian luar dan dalam asrama. Gotong-royong ini dilakukan atas kesedaran pelajar untuk menjadikan asrama ini lebih ceria. Bahagian depan asrama putera juga diwarnakan dengan lukisan yang menarik. Tahniah untuk semua pelajar asrama.

  Kuiz Alam Sekitar.

Oleh  Roslan Hamzah

ASRAMA. 7hb. Jun 2000. Dua orang pelajar asrama telah mewakili sekolah ke Kuiz Sains dan Alam Sekitar 2000. Pelajar tersebut ialah Anuar Hasrizal b. Mohd dan Saiful Nizam b. Ramli. Mereka diiringi oleh Cg. Mohd Khairy b. Abdullah. Kuiz ini diadakan bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu di jalan Air Jernih. Keputusan kuiz belum lagi diumumkan.  Semoga SMB akan terus unggul.

 

Konvensyen Usahawan Muda. Oleh Harfiza Jusoh

Seramai 5 orang pelajar Asrama SMK Belara telah menyertai Konvensyen Usahawan Muda 2000  pada 16 – 20 hb. Jun 2000 baru-baru ini. Konvensyen itu telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Pelajar asrama yang terlibat terdiri daripada ahli Kelab Usahawan Muda SMK Belara. Turut mengiringi pelajar ialah Pn. Noorma Mohd dan Pn. Roslini Ngah selaku guru penasihat kelab.

Peserta Kovensyen Usahawan Muda

Pertandingan Nasyid Antara Asrama. Oleh Hasliza Yusof.

ASRAMA. Pasukan Nasyid Asrama kini bersiap sedia untuk menyertai Pertandingan Nasyid Antara Asrama 2000. Pertandiangan tersebut akan diadakan di Dewan Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri pada 2 hb. Julai 2000 ini. Menurut Pn. Noorma Mohd selaku pengurus pasukan, pasukan ini kini  giat menjalani latihan di bawah bimbingan Pn. Rosnazilah bt. Fadzli. Dua lagu yang akan dipersembahkan ialah Peribadi Mulia dan Rasulullah Junjungan Terpuji kedua-duanya ciptaan Rosnazilah Fadzli dan lirik oleh Nasri Abdullah.

Kumpulan Nasyid Asrama

Renungan.  Oleh Abd. Fatah Husin.

Tajuk : Meninggalkan Perbuatan yang sia-sia.

       Perbuatan yang sia-sia adalah semua perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat, agama, dan negara. Perbuatan yang tidak memberi kesan yang baik kepada jiwa dan melalukan perkara yang boleh merosakkan akhlak juga dikatakan melakukan perbuatan yang sia-sia. Perbuatan yang sia-sia ini dilarang oleh Islam kerana bertentangan denga ajaran Islam yang menyuruh umatnya menggunakan sepenuh masa pada perkara-perkara yang berfaedah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Asr :1-3 bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.

 

Dari Perpustakaan.

Assalamualaikum… Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru pelajar-pelajar  untuk menggunakan perpustakaan SMB dengan maksima dan bijaksana. Kemudahan yang ada di perpustakaan sebenarnya mampu menampung kekurang buku rujukan yang dialami oleh pelajar. Justeru itu, ambillah kesempatan ini dan berusahalah untuk berjaya.

Semasa menggunakan perpustakaan, jagalah kebersihan, keceriaan dan kekemasan perpustakaan. Patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerana peraturan ini sebenarnya untuk memberi keselesaan kepada kita.

Semoga Anda Berjaya.

Cg. Mazlan Raskhairi b. Ghazali.

Gotong-royong Besar-besaran. Oleh Fatah Husin

ASRAMA. 23 hb. Jun 2000. Satu gotong-royong besar-besaran telah diadakan dia asrama putera dan puteri. Gotong-royong ini melibatkan kerja-kerja membersih kawasan sekitar asrama, surau, longkang, mengecat bahagian dalam bangunan, mengganti tingkap yang rosak dan sebagainya. Gotong royong ini dijalankan sempena kempen  “Sekolah Bersih Sekolah Ceria” yang dilaksanakan antara 1 Jun hingga 1 Julai. Turut menyertai gotong-royong ini ialah Cg. Noorma Mohd dan Cg. Zubir Awang.

Projek Papan Tanda Asrama.

Oleh Norziela Ibrahim.

ASRAMA.. 24 hb. Jun 2000. Projek menyiapkan papan tanda asrama telah dimulakan. Projek ini memakan masa seminggu untuk disiapkan termasuk kerja mengecat dan menulis “Selamat Datang Ke Asrama Desa Sek. Men. Keb. Belara” yang akan dilakukan oleh penghuni asrama sendiri secara gotong-royong. Papan tanda ini terletak di penjuru asrama puteri menghala ke arah SMB. Semoga asrama akan terus ceria dengan projek papan tanda ini. Insya Allah.

 

WARGA ASRAMA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA PENERBITAN   DI ATAS USAHA MENERBITKAN  BULETIN ASBELA. SEMOGA BULETIN INI TERUS  MENDAPAT TEMPAT DIHATI PEMBACA.

Keahlian Perpustakaan Bergerak.

Warga SMB diseru untuk menjadi ahli Perpustakaan Bergerak. Pelajar akan dapat meminjam pelbagai jenis buku tanpa perlu membuat bayaran. Ini tentunya akan membantu pelajar yang tidak mampu membeli buku rujukan. Untuk menjadi ahli, pelajar hanya perlu menyediakan 2 keping gambar berukuran pasport dan mengisi borang yang boleh didapati dari Bas Perpustakaan Bergerak yang datang ke SMB.

Jamaluddin Wakili Sekolah. Oleh Mohd Fadhlin Dagang.

Asrama Desa. Seorang pelajar asrama desa  Jamaluddin Abdullah 5SS4 telah terpilih untuk mewakili Daerah Kuala Terengganu Utara dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Beliau yang akan mengambil bahagian dalam acara lari 100M dan 4X100  bawah 18 tahun kini giat menjalani latihan di bawah bimbingan Cg. Nasri Abdullah dan menjalani latihan pusat di SESMA.

Buletin Asbela mendoakan kejayaan untuk beliau.

 

           

Senyum Asrama.

 

Selamat Hari Lahir.

Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, murah rezeki dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan, dunia dan akhirat.

1. Mohd Faizol b. Mustafar (18.07.85)

2. Mohd Amir Redzuan b. A. Rahim (20.07.85)

3. Muhamad Rizalludin b. Mohd (12.07.85)

4. Nor Laili Ramli (2.7.83)

5. Noorma Mohd Noor (5.7.85)

6. Che Noraini Che Delah (13.7.85)

____________________________

Teka-teki.

Ada pokok tumbuhnya atas bukit, tetapi daunnya dalam air….? Cuba teka…..

Jawapannya akan disiar pada keluaran akan datang.

 Mutiara Kata dari Pelajar Asrama.

“Keindahan budi dan kehalusan bicara, bisa mencerminkan ketulusan hati”.

Nurul Huda 5ST4.

 

“Keimanan dan ketakwaan adalah lambang keperibadian mulai seseorang insan”.

Nazifah Ahmad  5ST4

 

“Nobody plan to fail, but many fail to plan, so lets plan our work, and work our plan”.

Saiful Nizam Ramli  “c-fu” 5ST1

 “Perjalanan  menuju ke puncak bukanlah perjalanan yang mudah. Segalanya pedih dan perit. Tetapi apabila kita telah sampai ke puncak, kita pasti akan dapat menyaksikan keindahan alam”.

Hasrry 5ST1

Cuba kita fikir sejenak… “Sekiranya kita merubah cara berfikir, apa yang kita yakini itulah yang akan dicapai oleh kita. Syaratnya kita berusaha sungguh-sungguh…”.

Maznah Mohd Amin 5ST4

“Kalau otak boleh berbunyi seperti perut dalam kelaparan, maka berlari-larilah orang untuk mendapatkan ilmu”.

M Fadlin Dagang 5ST1.

Laman IT : E-Tuisyen.

www.e-tuisyen.com

E-Tuisyen merupakan perisian kursus pendidikan yang ditujukan khas untuk pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajaran-pelajaran e-Tuisyen dibangunkan dengan pelbagai elemen media, seperti animasi, audio, grafik, teks dan video, dan pelajaran-pelajarannya disampaikan dalam bentuk interaktif. Suasana e-Tuisyen yang kaya dengan pelbagai elemen media diselangi dengan peluang pembelajaran interaktif yang cukup banyak. Kedua-dua faktor ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
Secara keseluruhannya, e-Tuisyen menawarkan sebanyak 28 mata pelajaran yang boleh diakses secara talian-terus. Lima daripadanya adalah di peringkat sekolah rendah, lapan di peringkat menengah rendah dan 15 di peringkat menengah atas.

Artikel ini dipetik dari Laman E-Tuisyen.

SAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN KEMPEN SEKOLAH BERSIH SEKOLAH CERIA. KEBERSIHAN SEKOLAH TANGGUNG-JAWAB KITA BERSAMA.

Pengumuman

Pelajar atau guru yang berminat untuk menghantar karya seperti sajak, syair, pantun, seloka, teka-teki, pesanan dan sebagainya  untuk diterbitkan, silalah kemukakan kepada wartawan Buletin Asbela..

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Adalah dipelawa kepada mana-mana Kelab atau persatuan untuk menghantar berita kepada wartawan Buletin Asbela untuk diterbitkan.

* * * * * * * ** * * * * *  *  * * * * *

Sebarang teguran membina amat dialu-alukan demi memantapkan lagi penerbitan Buletin Asbela pada keluaran akan datang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pihak Buletin Asbela berhak untuk menapis mana-mana karya sebelum diterbitkan untuk kepentingan bersama