Waktu Solat.

Subuh    -5.38

Syuruk   -6.54

Zohor    -12.57

Asar      -4.12

Magrib  -6.57

Isyak     -8.07

 

Bil. 4                                        2 hb. Oktober  2000                              http://www.asbela.cjb.net                      Percuma

Permohonan Memasuki Asrama Sesi 2001.

Oleh : Fadlin Dagang

ASRAMA. Permohonan untuk memasuki asrama untuk tahun 2001 kini dibuka kepada pelajar tingkatan 2 dan 4 SMK Belara. Menurut Penolong Kanan HEM, borang-borang kini boleh didapati dari pihak asrama untuk dilengkapkan. Borang yang telah diisi hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya hari selasa ini 3 hb. Oktober 2000. Pemohon yang berminat perlulah menepati beberapa syarat ketat. Pelajar yang mempunyai kelayakan perlu menjalani temuduga terlebih dahulu sebelum diambil. Ini bagi memastikan pelajar yang benar-benar layak sahaja yang akan diambil.

 

Wajah Terkini Asrama Desa SMK. Belara

 

 Kriteria Pemilihan Penghuni Asrama 2001

  1. Mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi serta berminat untuk tinggal di asrama.

  2. Keluarga yang miskin, bilangan adik-beradik yang ramai.
  3. Jauh dari sekolah dan mengalami masalah untuk datang ke sekolah.
  4. Bersih rekod disiplin sekolah.
  5. Prestasi yang baik dalam akedemik dan kokurikulum

 

Penghuni Asrama Bergotong-Royong Mengecat Surau. Oleh: Fatah Husin

Asrama. 30 hb. Sept. 2001. Seramai 35 orang penghuni asrama putera bergotong-royong bersama guru-guru di  Surau SMK Belara. Menurut Tn. Haji Engku Indong, gotong-royong ini dilakukan bertujuan untuk membaiki kemudahan tempat mengambil air sembahyang  dan mengecat bahagian luar surau (depan) serta bahagian dalam. Antara guru-guru yang terlibat ialah Cg. Engku Indong, Cg. Mat Rani, Cg. Zakaria, Cg. Zafri, Cg. Zubir dan Pak Rashid (pekerja asrama). Gotong-royong seperti ini akan dilaksanakan lagi bagi menyempurnakan kemudahan surau sekolah ini demi kebaikan pelajar. Semoga surau kita akan terus dihargai oleh pelajar.

Kunjungan Ke Masjid Terapung. Oleh Hasliza Yusof

ASRAMA. 28 hb. Sept 2000, rombongan pelajar asrama seramai 88 orang pelajar telah berkunjung ke Masjid Tengku Tengah Zaharah Cendering, Kuala Terengganu. Lawatan ini turut disertai oleh kedua-dua warden iaitu Cg. Noorma, Cg. Zubir, dan penyelia asrama Pn. Fauziah. Menurut Pn. Noorma Mohd selaku ketua rombongan, lawatan ini bertujuan untuk merehatkan fikiran dan berjemaah serta mendengar kuliah di Masjid yang terkenal ini. Rombongan bertolak pulang selepas selesai sembahyang Isyak.

 

Sidang Redaksi.

Penaung

Pn. Hajjah Zalila bt. Said.

Pengerusi

Tn. Hj. Othman b. Mat Zin.

 Penasihat

En. Mohd Zubir Awang.

Pn. Noorma bt. Mohd.

Pn. Che Fauziah bt. Jusoh.

 Wartawan.

Roslan b. Hamzah (K)

Mohd Fadlin Dagang.

Abd. Fatah Husin.

Norziela bt. Ibrahim.

Harfiza bt. Jusoh

Hasliza bt. Yusof

Dari Editor

Assalamualaikum wbkt.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya Buletin Asbela telah mencapai keluaran yang keempat. Sesungguhnya penerbitan ini adalah wadah rujukan kepada pelajar asrama dan sekolah untuk merakamkan sejarah dan aktiviti asrama yang telah dilaksanakan. Buletin  ini merupakan satu-satunya buletin yang ada di sekolah ini. Nama Asbela kini tidak asing lagi kepada pelajar asrama mahupun pelajar sekolah. Walaupun penerbitan hanya dibuat di atas sehelai kertas sahaja, namun jawatankuasa penerbitan tetap cuba untuk memanfaatkan setiap inci kertas ini. Akhir kata, penerbitan seperti ini memerlukan sokongan dari pelbagai pihak sama ada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan lain-lain untuk memberi sumbangan idea, bahan, cadangan dan sebagainya. Semoga Buletin Asbela akan terus maju.

__________________________

TANYA KEPADA DIRI.

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA ?

MASA SEMAKIN SUNTUK. ANDA HARUS MEMBALAS PENGORBANAN IBU DAN AYAH DENGAN KEJAYAAN. JANGANLAH  LUPA ASAL USUL KITA. SAYANGI IBU DAN AYAH. BAHAGIAKAN MEREKA.

Pengumuman 1.

Pelajar  memohon untuk memasuki asrama pada sesi 2001 akan ditemuduga mengikut kumpulan mulai Isnin ini 9 hb. Oktober 2000. Senarai kumpulan beserta tarikh temuduga akan ditampal pada papan kenyataan / laluan utama Sekolah Menengah Kebangsaan Belara.

       Bilangan pelajar yang akan diambil ialah 100 orang sahaja merangkumi 40 orang pelajar lelaki (tingkatan3 =20 orang, tingkatan 5= 20 orang) dan 60 orang pelajar perempuan ( tingkatan 3 = 30 orang, tingkatan 5 = 30 orang).

 

Pengumuman 2.

Permohonan dibuka kepada calon peperiksaan SPM 2000 untuk menginap di asrama pada tempoh peperiksaan SPM nanti. Antara kriteria calon yang akan diambil ialah:

i.                     Bersih rekod disiplin sekolah.

ii.                   Tidak merokok.

iii.                  Mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.

Borang permohonan boleh didapati dari warden dan penyelia asrama.

 

Selamat Hari Lahir. Oleh : Norziela Ibrahim

1.      Nazifah bt. Ahmad (23/10/00)

2.      Fatimah bt. Maarof (17/10/00)

3.      Maznah (14/10/00)

4.      Nurul Afidah (18/10/00)

5.      Azura bt. Zakaria (13/10/00)

Semoga panjang umur dan murah rezeki serta berjaya dalam peperiksaan nanti.

Teka-Teki.

Soalan: Ada satu kenderaan, ianya boleh bergerak ke sana ke mari. Yang peliknya, walaupun ianya bukan kereta tapi ia tetap juga ingin dipanggil kereta. Untuk itu ia tetap mendaftarkan dirinya sebagai kereta walaupun ianya bukan kereta.

Cari jawapannya..

 

Jawapan bulan lalu : Antara telor dengan kucing, yang mana boleh makan???? Jawapannya kucing…alasannya sebab kucing mempunyai mulut.

Laman Web Asrama Desa SMK. Belara. Oleh : Roslan Hamzah

          Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara kini dalam proses menyiapkan laman web. Laman ini akan memainkan peranan  sebagai sumber maklumat kepada semua pelajar asrama, pelajar SMB (termasuk bekas pelajar), guru-guru, para ibu bapa, JPNT, PPD dan semua pengunjung internet. Selain itu laman ini juga akan memperkenalkan Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara kepada seluruh masyarakat Malaysia. Reka bentuk yang simple digunakan dengan gambar asrama sebagai gambar utama pada muka hadapan. Laman ini akan memaparkan segala maklumat berkaitan asrama seperti sejarah penubuhan asrama, matlamat dan objektif, organisasi pentadbiran, maklumat pelajar asrama, buletin asrama, kemudahan asrama, takwim, aktiviti pelajar, album asrama, peraturan asrama, jadual pelajar, menu makanan, link ke laman-laman pendidikan yang utama, dan sebagainya. Selain itu, pengunjung yang mengekses ke laman ini juga disediakan kemudahan untuk mencatat sepatah dua kata dalam  buku pelawat. Laman Asrama Desa SMK. Belara ini boleh diekses melalui alamat https://asbela.tripod.com/  dan http://www.asbela.cjb.net. Semoga dengan wujudnya laman ini akan memudahkan semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan asrama.