Kemudahan Asrama


Kemudahan yang disediakan diasrama merangkumi kemudahan seperti berikut:

Kemudahan Belajar

Kemudahan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran disediakan dengan baik. Pihak pengurusan asrama memahami bahawa aktiviti pembelajaran harus dititik beratkan. Justeru itu kemudahan bilik bacaan / ulangkaji amat diutamakan.

Kemudahan Bersukan.

    Penghuni asrama disediakan peralatan bersukan yang mencukupi. Antara peralatan yang disediakan seperti bola sepak, bola tampar, takraw, badminton, ping pong, bola jaring, carrom, catur, congkak, dan sebagainya. Penghuni asrama menggunakan kemudah padang sekolah untuk aktiviti sukan yang memerlukan kawasan yang luas.

Kemudahan Surau.

    Penghuni asrama sungguh beruntung kerana kemudahan surau yang baik. Surau ini hanya terletak dihadapan asrama puteri dan hanya kira-kira 20 meter dari asrama putera. Ini memudahkan pelajar untuk menunaikan solat berjemaah dengan selesa.

Kemudahan