Pengenalan.

Back

Assalamualaikum...

      Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara berjaya mewujudkan laman web ini. Terima kasih juga diucapkan kepada anda kerana sudi singgah di laman ini. Semoga anda mendapat pengetahuan dan memberikan komen membina untuk mempertingkatkan kecekapan dan mutu laman ini.

Latar Belakang Asrama Desa, SMK. Belara.

     Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Untuk anda tiba di sini akan memakan masa kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari bandar Kuala Terengganu. Keluasan tapak asrama ialah kira-kira 1/2 ekar merangkumi asrama putera dan puteri. Secara mudah asrama ini terletak di bahagian belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Belara. Pada masa ini projek mengindahkan asrama terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keceriaan dan kebersihan akan tetap diutamakan. Pihak pengurusan sekolah dan asrama percaya, menjadikan asrama ceria adalah salah satu tugas yang murni kerana akan menanamkan rasa sayang pada asrama di kalangan pelajar.

Bilangan pelajar.

       Sehingga kini ialah seramai 100 orang, iaitu seramai 40 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan. Pelajar yang tinggal di asrama juga dipilih dari pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja yang akan menduduki peperiksaan penting pada akhir tahun.

Prosedur  Pemilihan.

      Jawatankuasa Pemilihan telah menetapkan bahawa pemohon harus mengisi borang permohonan, mempunyai rekod disiplin yang bersih serta lulus temuduga yang ditetapkan.

       Kriteria Pemilihan.

              1. Miskin, jauh dari sekolah.

              2. Bersih rekod disiplin.

              3. Cemerlang akedemik.

 

Semoga Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara terus maju setanding dengan asrama-asrama terpilih di seluruh negara.

 

 

Kebajikan Dan Kecemerlangan kami Utamakan..

 

Sekian.

 

 


| Pengenalan| Matlamat | Sejarah | Pelan | Takwim | Buletin | Pentadbiran | Organisasi Pelajar | Aktiviti

 |  Akademik | Peraturan Asrama | Menu Makanan | Senarai Penghuni | Jadual Harian Pelajar | Kemudahan Asrama | Buku Pelawat