|
Waktu
Solat. Subuh -5.35 Syuruk -6.59 Zohor -1.14 Asar -4.39 Magrib -7.25 Isyak -8.41 |
Bil. 1 2 hb. Julai 2000 http://www.asbela.cjb.net Percuma
Buletin Asbela Edisi Pertama SMK. BELARA. Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara buat pertama kalinya telah menerbitkan sebuah akhbar asrama. Akhbar tersebut yang dikenali sebagai Buletin Asbela menemui pembaca mulai 2 hb. Julai 2000. Menurut ketua pengarangnya saudara Roslan Hamzah, akhbar ini akan berfungsi sebagai media yang akan melaporkan berita yang berlaku di sekitar pelajar, memberi informasi bermanfaat, pengumuman penting, tip belajar dan nasihat berguna kepada pelajar khasnya pelajar asrama. Selain itu, Buletin Asbela juga akan menjadi wadah kepada pelajar untuk berkarya serta menyemai sikap kerjasama yang erat di kalangan pelajar. Ia akan diterbitkan sebulan sekali iaitu pada 1 haribulan dan diedarkan secara percuma. |
Gambar Pintu Gerbang menyambut pelawat ke SMK Belara (Gambar awal 1999). |
|
||
Matlamat
Penerbitan Buletin Asbela.
|
Pesanan Pengetua. Assalamualaikum wbkt.
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat
bersua melalui Buletin Asbela ini. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa
yang terlibat di atas inisiatif menerbitkan akhbar ini. Saya percaya
melalui penerbitan ini pelajar dan guru akan dapat bekerjasama mengembleng
idea demi kebaikan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Belara ini. Buletin
ini tentunya mampu untuk mencapat matlamat penerbitannya jika dilaksanakan
dengan penuh kesungguhan. Sesungguhnya usaha ini tentunya akan membuahkan
hasil yang positif dan insya
Allah akan dapat dimanfaatkan bersama. Sekian, terima kasih. Pn.
Hajjah Zalila bt. Said Pengetua
SMB. |
|||
|
Lawatan Ke Kota Bharu. Oleh
Hasliza Yusof
ASRAMA. 18 hb. Mei 2000, rombongan pelajar asrama
seramai 88 orang pelajar telah mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar
ke Kota Bharu. Lawatan ini turut disertai oleh 4 orang guru pengiring
iaitu Cg. Noorma, Cg. Zubir, Cg. Zaidi dan penyelia asrama Pn. Fauziah.
Menurut Pn. Noorma Mohd selaku ketua rombongan, lawatan ini bertujuan
untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik di Kelantan. Turut
dilawati ialah Pameran Ular oleh Raja Ular Malaysia, Ali Khan di Muzium
Negeri Kelantan. |
|
||
Sidang Redaksi.PenaungPn.
Hajjah Zalila bt. Said. PengerusiTn.
Hj. Othman b. Mat Zin. PenasihatEn.
Mohd Zubir Awang. Pn.
Noorma bt. Mohd. Pn.
Che Fauziah bt. Jusoh. Wartawan. Roslan
b. Hamzah (K) Mohd
Fadlin Dagang. Abd.
Fatah Husin. Norziela
bt. Ibrahim. Harfiza
bt. Jusoh Hasliza bt. Yusof
Dari Editor
Assalamualaikum wbkt. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya Asrama Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Belara berjaya menerbitkan akhbarnya yang pertama dikenali sebagai Buletin Asbela. Akhbar ini insya Allah akan menemui pelajar sebulan sekali iaitu pada setiap 1 haribulan. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berusaha dengan gigih untuk menjayakan projek ini. Sesungguhnya usaha yang dilakukan ini akan memberi satu pengalaman yang amat berharga kepada pelajar dan melatih pelajar untuk menyemai sikap rajin, gigih serta teliti dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Melalui penerbitan ini pelajar yang terlibat akan dapat menguruskan sendiri perjalanan akhbar ini dengan dibantu oleh guru penasihat agar tidak terpesong dari tujuan asal penerbitan. Selain itu, penghuni asrama juga akan dapat bersama-sama menyumbang idea untuk menjayakan Buletin Asbela ini. Sesungguhnya buletin ini adalah milik mereka bersama dan ini akan menggalakkan mereka untuk turut sama menjayakan penerbitan akhbar ini. |
Tip Belajar. Tip belajar untuk bulan ini ialah membaca doa. Ia merupakan satu amalan yang sangat mudah tetapi sering kali pelajar terlupa untuk melakukannya ketika memulakan ulangkaji. Contoh doa seperti di bawah:
|
|
Tarikh Penting Bulan ini. *
Pertandingan Nasyid Antara Asrama di SIF. 2 hb. Julai 2000.
* Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM. 3 – 13 hb. Julai 2000*
BM Kertas Julai (SPM) 15 hb.
Julai 2000 Petir di Asrama. Oleh Fatah Husin. ASRAMA. 25hb. Jun 2000, Asrama SMK. Belara
digegarkan oleh petir yang menyambar sebatang pokok di sebelah dorm
pelajar lelaki. Kejadian ini berlaku semasa hujan lebat kira-kira jam 4.30
petang. Seorang pelajar Saiful Anuar yang kebetulan berada di pintu
belakang berhampiran pokok tersebut tersungkur ke lantai. Beliau
bagaimanapun hanya mengalami sedikit kejutan sahaja dan pulih semula
selepas itu. Kejadian ini merupakan yang pertama kali berlaku sejak
beberapa tahun kebelakangan ini. |
Pelajar Asrama Ke Taman Negara. Oleh Roslan Hamzah ASRAMA.
Seramai 10 pelajar asrama telah
menyertai Program Kenali Taman Negara anjuran Kelab Pendidikan Luar SMB.
Program ni telah dilaksanakan pada 25 hb. Mei 2000 hingga 30 hb Mei 2000
yang lalu. Menurut ketua rombongan, Cg. Mat Noor Ismail, aktiviti ini
bertujuan untuk membawa pelajar menerokai khazanah hutan taman negara
Pahang yang kaya dengan pelbagai hidupan dan tumbuhan. Turut menyertai
ialah Cg. Mat Rani, Cg, Razali, Cg. Isa, Cg. Zubir, Cg. Sabri, Cg.
Roslini, Cg. Zaleha dan Cg. Zakaria.
|
|
Asrama Putera Berwajah Baru.
Oleh
Fadlin Dagang. Asrama putera kini berwajah baru hasil
gotong-royong mengecat semula bahagian luar dan dalam asrama.
Gotong-royong ini dilakukan atas kesedaran pelajar untuk menjadikan
asrama ini lebih ceria. Bahagian depan asrama putera juga diwarnakan
dengan lukisan yang menarik. Tahniah untuk semua pelajar asrama. |
Oleh Roslan Hamzah
ASRAMA. 7hb. Jun 2000. Dua orang pelajar asrama telah mewakili sekolah ke Kuiz Sains dan Alam Sekitar 2000. Pelajar tersebut ialah Anuar Hasrizal b. Mohd dan Saiful Nizam b. Ramli. Mereka diiringi oleh Cg. Mohd Khairy b. Abdullah. Kuiz ini diadakan bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu di jalan Air Jernih. Keputusan kuiz belum lagi diumumkan. Semoga SMB akan terus unggul. |
Konvensyen
Usahawan Muda. Oleh Harfiza Jusoh Seramai 5 orang pelajar Asrama SMK Belara telah menyertai Konvensyen Usahawan Muda 2000 pada 16 – 20 hb. Jun 2000 baru-baru ini. Konvensyen itu telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Pelajar asrama yang terlibat terdiri daripada ahli Kelab Usahawan Muda SMK Belara. Turut mengiringi pelajar ialah Pn. Noorma Mohd dan Pn. Roslini Ngah selaku guru penasihat kelab.
Peserta
Kovensyen Usahawan Muda |
Pertandingan Nasyid Antara Asrama. Oleh Hasliza Yusof. ASRAMA. Pasukan Nasyid Asrama kini bersiap sedia
untuk menyertai Pertandingan Nasyid Antara Asrama 2000. Pertandiangan
tersebut akan diadakan di Dewan Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri pada 2 hb.
Julai 2000 ini. Menurut Pn. Noorma Mohd selaku pengurus pasukan, pasukan
ini kini giat menjalani
latihan di bawah bimbingan Pn. Rosnazilah bt. Fadzli. Dua lagu yang akan
dipersembahkan ialah Peribadi Mulia dan Rasulullah Junjungan
Terpuji kedua-duanya ciptaan Rosnazilah Fadzli dan lirik oleh Nasri
Abdullah.
Kumpulan
Nasyid Asrama |
Renungan. Oleh
Abd. Fatah Husin. Tajuk : Meninggalkan Perbuatan yang sia-sia. Perbuatan yang sia-sia adalah
semua perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kepada diri sendiri, orang
lain, masyarakat, agama, dan negara. Perbuatan yang tidak memberi kesan
yang baik kepada jiwa dan melalukan perkara yang boleh merosakkan akhlak
juga dikatakan melakukan perbuatan yang sia-sia. Perbuatan yang sia-sia
ini dilarang oleh Islam kerana bertentangan denga ajaran Islam yang
menyuruh umatnya menggunakan sepenuh masa pada perkara-perkara yang
berfaedah. Firman
Allah SWT dalam Surah al-Asr :1-3 bermaksud, “Demi masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan
beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran. |
|||
Dari
Perpustakaan. Assalamualaikum… Saya mengambil kesempatan ini
untuk menyeru pelajar-pelajar untuk
menggunakan perpustakaan SMB dengan maksima dan bijaksana. Kemudahan yang
ada di perpustakaan sebenarnya mampu menampung kekurang buku rujukan yang
dialami oleh pelajar. Justeru itu, ambillah kesempatan ini dan berusahalah
untuk berjaya. Semasa menggunakan perpustakaan, jagalah
kebersihan, keceriaan dan kekemasan perpustakaan. Patuhilah peraturan yang
telah ditetapkan kerana peraturan ini sebenarnya untuk memberi keselesaan
kepada kita. Semoga Anda Berjaya. Cg.
Mazlan Raskhairi b. Ghazali. |
Gotong-royong Besar-besaran. Oleh Fatah Husin ASRAMA. 23 hb. Jun 2000. Satu gotong-royong
besar-besaran telah diadakan dia asrama putera dan puteri. Gotong-royong
ini melibatkan kerja-kerja membersih kawasan sekitar asrama, surau,
longkang, mengecat bahagian dalam bangunan, mengganti tingkap yang rosak
dan sebagainya. Gotong royong ini dijalankan sempena kempen
“Sekolah Bersih Sekolah Ceria” yang dilaksanakan antara 1
Jun hingga 1 Julai. Turut menyertai gotong-royong ini ialah Cg. Noorma
Mohd dan Cg. Zubir Awang. |
Projek Papan Tanda Asrama. Oleh
Norziela Ibrahim. ASRAMA.. 24 hb. Jun 2000. Projek menyiapkan papan tanda asrama telah dimulakan. Projek ini memakan masa seminggu untuk disiapkan termasuk kerja mengecat dan menulis “Selamat Datang Ke Asrama Desa Sek. Men. Keb. Belara” yang akan dilakukan oleh penghuni asrama sendiri secara gotong-royong. Papan tanda ini terletak di penjuru asrama puteri menghala ke arah SMB. Semoga asrama akan terus ceria dengan projek papan tanda ini. Insya Allah. |
|
||
WARGA
ASRAMA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA PENERBITAN
DI ATAS USAHA MENERBITKAN
BULETIN ASBELA. SEMOGA BULETIN INI TERUS
MENDAPAT TEMPAT DIHATI PEMBACA. |
Keahlian
Perpustakaan Bergerak. Warga SMB diseru untuk menjadi ahli Perpustakaan
Bergerak. Pelajar akan dapat meminjam pelbagai jenis buku tanpa perlu
membuat bayaran. Ini tentunya akan membantu pelajar yang tidak mampu
membeli buku rujukan. Untuk menjadi ahli, pelajar hanya perlu menyediakan
2 keping gambar berukuran pasport dan mengisi borang yang boleh didapati
dari Bas Perpustakaan Bergerak yang datang ke SMB. |
Jamaluddin Wakili Sekolah. Oleh Mohd Fadhlin Dagang. Asrama
Desa. Seorang pelajar asrama desa Jamaluddin
Abdullah 5SS4 telah terpilih untuk mewakili Daerah Kuala Terengganu Utara
dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Beliau yang akan mengambil
bahagian dalam acara lari 100M dan 4X100
bawah 18 tahun kini giat menjalani latihan di bawah bimbingan Cg.
Nasri Abdullah dan menjalani latihan pusat di SESMA. Buletin
Asbela mendoakan kejayaan untuk beliau. |
|
||
Senyum Asrama.
|
Selamat
Hari Lahir. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, murah
rezeki dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan, dunia dan akhirat. 1.
Mohd Faizol b. Mustafar (18.07.85) 2.
Mohd Amir Redzuan b. A. Rahim (20.07.85) 3.
Muhamad Rizalludin b. Mohd (12.07.85) 4.
Nor Laili Ramli (2.7.83) 5.
Noorma Mohd Noor (5.7.85) 6.
Che Noraini Che Delah (13.7.85) ____________________________ Teka-teki. Ada
pokok tumbuhnya atas bukit, tetapi daunnya dalam air….? Cuba teka….. Jawapannya akan disiar pada keluaran akan datang. |
|
Mutiara Kata dari Pelajar Asrama. “Keindahan budi dan kehalusan bicara, bisa
mencerminkan ketulusan hati”. Nurul
Huda 5ST4. “Keimanan dan ketakwaan adalah lambang
keperibadian mulai seseorang insan”. Nazifah Ahmad
5ST4
“Nobody plan to fail, but many fail to plan, so
lets plan our work, and work our plan”. Saiful Nizam Ramli “c-fu”
5ST1 “Perjalanan
menuju ke puncak bukanlah perjalanan yang mudah. Segalanya pedih
dan perit. Tetapi apabila kita telah sampai ke puncak, kita pasti akan
dapat menyaksikan keindahan alam”. Hasrry 5ST1 Cuba
kita fikir sejenak… “Sekiranya kita merubah cara berfikir, apa yang
kita yakini itulah yang akan dicapai oleh kita. Syaratnya kita berusaha
sungguh-sungguh…”. Maznah
Mohd Amin 5ST4 “Kalau
otak boleh berbunyi seperti perut dalam kelaparan, maka berlari-larilah
orang untuk mendapatkan ilmu”. M Fadlin Dagang 5ST1. |
Laman IT : E-Tuisyen. www.e-tuisyen.com E-Tuisyen merupakan
perisian kursus pendidikan yang ditujukan khas untuk pelajar-pelajar
sekolah yang mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelajaran-pelajaran e-Tuisyen dibangunkan dengan pelbagai elemen media,
seperti animasi, audio, grafik, teks dan video, dan pelajaran-pelajarannya
disampaikan dalam bentuk interaktif. Suasana e-Tuisyen yang kaya dengan
pelbagai elemen media diselangi dengan peluang pembelajaran interaktif
yang cukup banyak. Kedua-dua faktor ini menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna. Artikel
ini dipetik dari Laman E-Tuisyen. |
|
SAMA-SAMA
KITA MENJAYAKAN KEMPEN SEKOLAH BERSIH SEKOLAH CERIA. KEBERSIHAN SEKOLAH
TANGGUNG-JAWAB KITA BERSAMA. |
PengumumanPelajar atau guru yang berminat untuk menghantar karya seperti sajak, syair, pantun, seloka, teka-teki, pesanan dan sebagainya untuk diterbitkan, silalah kemukakan kepada wartawan Buletin Asbela.. * * * * * * * * * * * * * * * * * * Adalah dipelawa kepada mana-mana Kelab atau
persatuan untuk menghantar berita kepada wartawan Buletin Asbela untuk
diterbitkan. *
* * * * * * ** * * * * * *
* * * * * Sebarang teguran membina amat dialu-alukan demi
memantapkan lagi penerbitan Buletin Asbela pada keluaran akan datang. *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * Pihak Buletin Asbela berhak untuk menapis mana-mana karya sebelum diterbitkan untuk kepentingan bersama |