Buletin Asbela

 Peperiksaan SPM

Asbela, Isnin 6hb. Disember 1999, pelajar asbela terus berusaha untk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. Kini peperiksaan tinggal beberapa hari saja lagi.


Pondok Bacaan.

Asbela, Dis 1999, Pembinaan satu pondok bacaan untuk kemudahan pelajar asbela kini telah diperingkat akhir. Pondok bacaan tersebut akan digunakan sepenuhnya awal tahun depan. Kewujudan pondok ini memberi peluang kepada pelajar untuk membaca buku dan berbincang tanpa mengganggu pelajar lain yang mahu belajar secara sendirian. Kos projek ini dianggarkan kira-kira RM4,000.00. Menurut PK HEM SMK. Belara, beliau bercadang untuk menambah beberapa lagi pondok pada awal tahun hadapan untuk kegunaan pelajar asbela. Syabas diucapkan.

 Projek Baik Pulih Asrama

Asbela, Projek baikpuluh asbela kini diperingkat akhir. Menurut kontraktor yang menjalankan kerja-kerja baikpulih, projek ini akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya 15hb. Disember ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kelewatan projek tersebut. Apabila projek ini siap sepenuhnya, dijangkakan pelajar asbela akan dapat menikmati keselesaan yang lebih baik. Antara inti projek ini ialah menukar pintu asbela yang baru, memasang tar untuk dewan makan dan bilik belajar, memasang kipas, membaikpulih elektrik. menukar tangki najis kepada tangki septik tank, memasang tangki air yang baru. Kos keseluruhan projek tersebut ialah RM 65,000.00.

 

 

 

 Kemasukan Pelajar Sesi 2000

Asbela, Disember 1999. Asbela akan menerima kemasukan pelajar baru seramai hampir 100 orang pada pertengahan Januari 2000 ini. Pelajar yang akan mendaftar ialah terdiri dari 60 orang pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki. Menurut pihak asbela, pelajar tersebut akan mendaftar pada 15 hb. januari 2000, jam 9.00 pagi bertempat di surau SMK. Belara. Tahniah kepada pelajar yang terpilih...


Projek Surau Sekolah.

Sembra. Dis 1999, Surau SMK Belara yang diperbesarkan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat kini diperingkat akhir. Projek yang menelan belanja RM18,000.00 ini mula dilaksanakan pada akhir oktober lalu. Antara yang akan mendapat manfaat dari projek ini ialah pelajar asbela yang turut menggunakan surau tersebut setiap hari....


Utama - Sekalung Budi - Sekapur Sirih - Sejarah Asrama - Pentadbir - Waden - Takwin Asrama - Aktiviti - Buletin - Akedemik - Melawat Asrama - Buku Pelawat